Saturday, August 29, 2009

Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! yang ker 52 tahun.....




Lagu :31 Ogos
Nyanyian: Allahyarham Sudirman Hj Arshad



Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah


Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka


Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka


Merdeka!Merdeka!Merdeka!!!


********************

Lagu : Jalur Gemilang
Ciptaan : Pak Ngah & Siso Kopratasa




Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang

********************


Tahun ni 31 Ogos jatuh pada hari Isnin.Ini bermakna Rakyat Malaysia akan bercuti pada hari berkenaan bagi menyambut hari merdeka.MERDEKA yang ker-52 Tahun.Ada ker yang tak tahu lagi sembutan untuk kali yang keberapa???? ker 52 Tahun yer kengkawan semua.
Banyak perubahan dan pembangunan yang telah kita kecapi dari dulu hingga lah kini.Dari zaman negara kita di jajah oleh bangsa asing sehingga lah kita bebas merdeka.Dan itu bukan bermakna kita bebas untuk melakukan segalanya mengikut perasaan.Negara kita ada peraturan dan undang-undang yang perlu kita patuhi.
Dikesempatan ini aku berdoa agar negara kita Malaysia akan sentiasa aman dan sejahtera disamping pembangunan yang lebih pesat akan kita kecapi dengan adanya pemimpi-pemimpin negara kita yang berwibawa....AMIN....

Thursday, August 27, 2009

Apa yang dimasak pada hari-hari yang lepas

Lama gak ek aku tak cite kat sini pasal masakan yang aku masak.Oleh yang demikian,hari ini dengan rasa perasaan rajin sikit,aku upload ler beberapa hasil masakan aku yang tak seberapa ini untuk tatapan umum....



Ikan gelama masin.Saja suka bawang tu hangus sikit.Rasa pahit-pahit sangat ler best....
Sume sayur-sayur dah tinggal sikit.Bila dicampur-campur maka jadilah sepinggan sayur campur.

Sambal tumis udang

Tumis air sayur bayam + kobis bunga + carrot


Ikan kerisi goreng

Sambal kicap yang akan dimakan bersama-sama ngan.........

Tauhu goreng....

Gulai tempoyak ikan kembung
Kari telur

Yang ayam yang tengah marinade dan akan dimasukkan ke dalam oven.Yang dah siap bakar tak ambil gambarnya.....

Sayur kobis + tauhu goreng

Sambal goreng tempe.

Dan akhir sekali ayam masak merah.

Mana-mana yang buntu dan tak tau nak masak apa sebagai hidangan untuk berbuka puasa nanti leh ler tiru-tiru sini yer.Aku pon masuk blog orang lain nak cilok idea untuk masak.Buntu dah nih.tak tau nak masak per petang nanti...... :(

Monday, August 24, 2009

Lebam

Nak tanya kat korang sume, pernah tak peha korang lebam cam gambar ni ???


Yang peliknya kena tang peha jerk.Tak plaks kat anggota badan yang lainkan.Biasanya mesti korang perasaan time nak mandi kan.kenapa ek leh jadi cenggini??? Jatuh idak langgar atau tersadung benda pon idak.dari mana datangnya lebam ni ek????cer korang gi tau sikit pada yang tau puncanya....Tak kirala pendapat dari segi pemikiran moden atau pon kuno.

Saturday, August 22, 2009

Hari pertama berpuasa


Hari ni hari pertama kita menyambut bulan ramadhan.Anak aku Nurin turut berpuasa gak.Irfan....hampehhh....dah kejut banyak kali still tak nak bangun.Kiranya dia tak berpuasa ler....Jangan hari ni dia jadi makhluk bertanduk dua hasut kakak makan minum bagai.

Tadi masa sahur aku ada explain kat Nurin yang hari ni kita tak leh makan minum di siang hari dan buat perkara-perkara lain yang boleh batal puasa.Dia angguk tanda faham.Harap-harap tanda faham tu sampai ler ke waktu berbuka nanti .Bebanyak sabar yer nak.....Nurin ambil iktibar dari cerita Upin & Ipin.Aku memang ada beli CD Upin & Ipin sebagai memberi semangat untuk Nurin trus berpuasa.CD tu mengisahkan Upin & Ipin masa first time berpuasa....Korang pon leh ler cari CD tu untuk anak-anak korang.Cerita tu memberi teladan yang baik tau pada anak-anak kita.....


Dan aku juga berharap Nurin akan berpuasa penuh seperti tahun yang lalu.....


Dan kepada kengkawan sume aku berharap korang dapat menunaikan ibadat puasa ini dengan penuh keimanan.jangan terlalu mengikut nafsu membeli juadah untuk berbuka nanti masa gi bazar ramadhan.beli ala kadar jer.kang tak habis dah membazir plaks....kawan syaitan tu namanya.....hehehehe....

Thursday, August 20, 2009

Seminar lagi....

Dalam masa seminggu ni ada dua seminar aku kena attend.Satu dah lepas.Tinggal satu lagi jerk...
Jap gi 2.30pm aku sensorang gi attend seminar .Seminar berkisar tentang kerja aku. CARGO*DECLARE WINDOWS VERSION SOFTWARE.Argggghhhhh sure boring sebab Ijan tak follow aku hari ni.Turn dia 26/8 selasa minggu depan.Dah pujuk management soh bagi same date ngan aku tapi...hampehhh...dengki ler tu.Cam tetau jerk aku ngan Ijan ada niat tak baik aka mengular.....hahahahaa.....tapi kan Ijan kalu ada makan-makan nanti untung ler aku.Ko,maaf yer ....sebab bulan pose.walaupon ko tak pose ker hari tu ko tetap tak leh makan di khalayak ramai....hohohoho.....Yang nyata kalu seminar ni membosan kan dah tentu aku akan nak zzzzzzz.....owwwhhh !!!! kena bawa gegula untuk hilangkan rasa ngantok....

Wednesday, August 19, 2009

Salam Ramadhan

Tips supaya dapur anda kemas,bersih dan tersusun



" Kadangkala agak sukar untuk kita sentiasa mengekalkan kebersihan dapur. Mengemas dapur adalah antara tugasan yang memenatkan apatah lagi jika kita mempunyai anak kecil dan disamping itu menjalankan pula perniagaan dari dapur. Jika dapur selalu digunakan, rutin mengemas mesti dilakukan lebih kerap lagi.
Namun begitu, terdapat beberapa cara asas yang boleh anda lakukan untuk membantu meringankan beban kerja anda.

Tip 1
Kumpulkan segala barang-barang yang tidak selalu digunakan. Segala bekas aiskrim, botol-botol plastik , alatan memasak seperti penapis atau apa sahaja alatan yang jarang digunakan. Masukkan kesemua barang tersebut ke dalam satu kotak. Simpan di stor kotak tersebut. Tunggu sehingga 3 bulan, jika masih tidak digunakan anda boleh buang atau berikan kepada orang lain.
Anda perlu meminimakan barang-barang yang terdapat didalam dapur anda. Begitu juga barang-barang elektrik yang diletakkan di atas kaunter dapur. Jika jarang digunakan simpan sahaja ke dalam kabinet dapur. Anda perlu mempunyai dapur yang teratur supaya kerja –kerja memasak anda akan lebih mudah.

Tip2
Selepas memasak, anda mesti membasuh kesemua alatan memasak yang digunakan seperti periuk , kuali dan sebagainya. Jangan tangguhkan kerja mencuci sehingga anda habis makan kerana kotorannya akan sukar dibersihkan dan ianya akan menambahkan bebanan kerja anda nanti. Sentiasa bersihkan segala kekotoran yang terhasil semasa proses memasak. Anda perlu selalu mengelap semasa anda memasak. Itu tidaklah susah sangat kan.

Tip3
Elakkan dari sikap suka mengumpul pinggan mangkuk untuk dibasuh. Selagi muat sinki selagi itulah pinggan mangkuk anda dikumpul tidak dicuci. Bila sudah semakin banyak, anda pun dah mula malas. Lebih malang lagi kadangkala dengan isu pinggan mangkuk pun suami isteri boleh bertengkar.
Apa yang saya perhatikan, jika kita mengamalkan tabiat sentiasa memastikan sinki dapur bersih , anak-anak pun akan membasuh pinggan mereka sendiri tanpa disuruh. Begitu juga dengan sampah di dapur. Jangan biarkan sampah sampai berbau dan berulat barulah nak membuangnya.

Tip4
Rangkuman dari ketiga-tiga langkah di atas, langkah yang ke 4 ini lebih kepada tabiat kita. Jadikan ‘clean as you go’ sebagai paraturan didapur.. Jangan melengah-lengahkan kerja membersihkan dapur. Apa yang saya lakukan , saya mesti memastikan dapur saya kemas dan bersih sebelum saya masuk tidur. Manalah tahu, kalau terlambat bangun dari tidur untuk menyediakan sarapan, saya tidak akan kelam kabut. "



Tips ini aku copy dari salah satu blog yang aku singgah hari ni.Azianhasan .Aku rasa memang betul ler apa yang dia tulis tu.Kekadang tu bekas-bekas plastic kita recycle balikkan.dah jadi berlambak-lambak.dah jadi tabiat manusia.sayang nak buangkan....elok lagi bekas tu.so,simpan ler kat tempat tertutup agar idak ler nampak rak pinggan-mangkuk tu penuh dan nak nakpak roboh bagai.Aku rasa tips begini sangat sesowai aku kongsi bersama ngan korang kan..


Tapi kan yang tips no.4 tu...ada kalanya terskip gak bila penyakit "M" datang melanda...heheheh....

Mengecat part 3

Ni la hasil kerja tangan ku mengecat pada last saturday.Turun naik tangga occay.Owwwhhhh!!!! sunggunh memenatkan.Tengok ler 3-4 tahun lagi.kalu cat ni dah tak elok tak pon dah boring tengok harus mengecat lagi...hehhehe








Monday, August 17, 2009

Mengecat part 2

Projek berjalan pada Sabtu lepas.Akak ngecat sendiri occay.Dah penghujung baru En Yeop tolong. Aku sahut cabaran En Yeop.Aku yang beria bebenar nak tukar kaler feature wall tu kan....So aku kena wat sendiri ler...Kalu ikutkan hati En Yeop Tak yah cat sebab baru jerk cat dalam bulan 4 ari tu dah nak cat kaler lain.Yer ar cam tak match jerk aku rasa ngan kaler kelabu luar rumah yang aku cat bebaru ari tu kan.....Lagi pon hari tu En Yeop tengah sibuk dok kikis cat kat pagar.Nak cat kaler lain pagar tu.....

Huh...nama jerk ramai umat kat dalam umah aku tu....tapi wat bodoh jerk...tak reti nak nolong.Leh masuk bilik tidor.Siap tengok TV siotttt......padahal masa tu aku still ngecat tu.Idak ler pulak nawarkan diri nak nolong aku.....berbulu jerk...Aku siap cakap kat En Yeop per tau "Tak per la bang, kita ni tuan rumah....dia orang tu penyewa....adat ler tuan rumah tu bagi keselesaan pada penyewa...." (aku bercakap dengan nada menyindir masa dia orang tak der ler....hehehe....)

Moh tengok aku siap panjat-panjat tangga bagai...jangan tak caya yer...ni kenyataan tau....Yang paling best tu anak aku Irfan yang snap gambar aku tengah ngecat ni tau....nak soh En Yeop,dia tengah sibuk kat luar.Nurin laks gi sekolah.....Penyudah nyer aku soh Irfan.Eeeee....pandai gak Irfan snap gambar kan....

Pas siap aku berpuas hati sangat-sangat sebab aku rasa idea aku ni amat ler menarik....hehehe...dah cam DECO BERSAMA EZA laks....huuhuhuh....En.Yeop pon suka....Ala wak......gambar dinding yang dah siap cat lupa nak snap ler....balik nanti aku tangkap yer....









Airei 2 tahun hari ni.......

Hari ni genap usia Airel 2 tahun.Sape Airel ni yer....? Kalu korang tengok entry aku yang lepas-lepas,Airel ni anak saudara En Yeop aka anak SIL aku ler....Tapi bufday celebration in advance ni wat semalam kat Pizza Hut Port Klang.

Mak Long harap Airel dikuniakan kesihatan yang baik,jadi anak yang baik dan bijak yer.Airel suka kat ngan hadiah yang Mak Long kasi semalam????Leh main ngan Abang Aiman yer....Mak Long sayang Airel...muahhh!!!.....





Lilin terpaksa dinyalakan sebanyak 3 kali yer sebab Airel tak sabar-sabar nak tiop...huhuhu....


Irfan yang tetiba demam

Aku dan En Yeop


Lunch at Old Town White Coffee

Last week 2 hari aku bantai makan kat Old Town White Coffee.Korang jangan ingat OTWC ni menu regenya mahal-mahal tau.Kalu korang ambil package lunch below 10 henggit dah leh kenyang.


1st day

Aku gi ngan member kamceng aku Ijan dan Farah.


Aku ngan Ijan ambil set lunch yer.Si Farah idak.....Air ni ijan punya.

Yang ni farah punya

Air ni aku nyer

Makanan ni ngan air lemon kat atas tu set menu untuk ijan.
Farah order mee jawa

Ni aku nyer

Satu set lunch aku nyer ni hanya RM 5.90...Ok la tu kan....

Korang jgn geli laks ngan makanan ni...hehhehe...Dah separuh aku makan telur separuh masak ni baru teringat nak snap pic ni.....


2nd day

Gi ngan member opis lagi.Ivy belanja.Kali ni gi ramai sikit dari yang semalam


Bleh laks hari tu sume order makanan yang sama.Sume pakat lapar.So ambil Nasi + rendang ayam + sossej + kentang goreng



Aku order orange yogart smoothies

Ni la kawan-kawan ku.


Tuesday, August 11, 2009

Mengecat

Alhamdulillah this year kami beraya dalam keadaan rumah yang dah di renovate walaupon tak ubahsuai rumah 100%.better than tahun-tahun yang lalu la kan.....nak tunjuk keadaan dalam umah malu ler....sebabnya hias ala kadar jerk.Niat dihati nak tambah perabot ,beli peti ais baru...tapi onggosnya enggak cukup....so pendamkan dulu ler niat tu...dalam umah aku cat kaler kuning.luar aku cat kaler kelabu...owwwooohhhh dah cam umah "KAP LAM YA NGA" plak aku tengok.Rasa feature wall nak tukar dari kaler kuning ke kaler kelabu....tapi cam rugi plak sebab baru jerk cat dinding tu dah nk tukar kaler ....tengok ler kalu rajin.....Nak tengok dinding kaler kelabu tu...??? Gambar ada kat bawah yer....Aku ngan En.Yeop mengecat time aku MC sakit mata hari tu....Boring tak der per nak buat.So ngecat ler....

Satu soklan aku nak tanya korang yang duduk kat area sekitar Klang ngan Port Klang atau pon yang terdekat ler ngan area-area umah aku nih.

"Ada sesiapa tak yang tau kedai untuk repare kerusi ukir-ukir kayu jati tu...Nak hantar service ler kerusi tu.Nak tukar kain,tambah span ,gilap sikit bingkai kayu kerusi tu...etc.....etc....kasi molek sikit kerusi aku tu....sape tau ek...????

Before this dah pernah tanya 2 kedai.Kedai first yang kami tanya tu mahal nak m*mp*s.Cam baik beli yang baru jerk rege yang diaorg tawar tu...kedai kedua plak rege dah occay....tapi untuk repare pakai raya ...hohohho...dah tak terima lagi ler.....Alamak...umah dah cun tapi perabotku.....oh tidak...kena cari lagi kedai yang leh repare kurusi ku ittew...nak beli baru sayang ler plaks sebab bingkai kerusi tu masih cantik lagi....Tolong yer kengkawan.....





Blog Widget by LinkWithin