Monday, March 30, 2009

Tu dia....tunjuk skill memasak lagi....

Sabtu - 28/09/2009
Yang ni aku masak untuk dinner.Huhhh!!!! malas sungguh hari tu.Lagi ponhati ni berkobar-kobar nak sambut "EARTH HOURS 2009" ngan nak nonton Konset AF minggu ke-3.Jadi aku masak makanan yang ringkas tapi mengenyangkan.Tak sangka laks anak-anak aku suka walaupon aku masak simple-simple gittew....


Ijan...Steven....meh tengok. Aku beli bebola ketam.Salah satu product customer kita....Sedap...korang kena cuba tau......
Ni la hasilnya bila bebola ketam tu dah berenang dalam minyak selama beberapa minit.
Nasi goreng berencah lebihan ikan goreng

Ahad - 29/03/2009
Hari ahad plak aku rajin sikit.Pepagi bangun gi pasar bersama hubby & anak-anak.Memula tu malas nak bawa anak-anak ku ittew.Korang tau la kan keadaan pasar camner.Kang sibuk aku dok memilih ikan,dia orang pon sibuk sama nak pilih.Pastu kaki dok hentak-hentak kat air.Tak ker geram tengoknya.Dah merengek-rengek nak ikut.aku pon bawak la bersama.Hari ni aku cadang nk masak nasi minyak bersama lauk-lauk yang senagkatan dengannya......hasilnya....

Jelatah
Kari daging
Ayam masak merah
Nasi minyak

Dan hari ni.Ada balance lagi kari daging tu aku continue untuk brekfast plak.Cicah ngan roti.Bawak gi ofis plak tu.Habis licin di makan oleh Ijan ngan Farah.....Alhamdulillah tak membazir......

Friday, March 27, 2009

Aku beli t-shirt....yeah...yeah....

Lunch ari ni aku,Ijan dan Farah meredah ker Pasaraya "B"....hahahaha...Pasaraya Billion.Kat Port Klang ni hanya Pasaraya "B" lah yang terdekat.Jalan kaki pon leh....Seminggu kalu tak jejak kaki kat sana tak sah.Kekadang tu tak membeli pon.Gatal nak gi cuci mata.Bila ada duit baru lah membeli.Apa orang kata survey dulu ek.....Tapi tadi aku sempat membeli 3 helai t-shirt untuk buat basahan kat rumah.Dah lama rasanya tak shopping pakaian untuk diri sendiri.Aku tak pentingkan brand.Yang penting kualiti setanding ngan harga ,berbaloi dan berpatutan....


Setiap sehelai berharga RM 6.90.Tak percaya...??
Meh tengok tag nih.....Aku tak tipu ok....Kualiti kain pon baik punya.....


Ke sana lagi....

Semalam kami ke Tanjung harapan lagi.Lunch kat sana.Seperti biasa kami tapau makanan sambil menghirup udara yang tak berapa segar tapi angin bertiup ngan kencangnya.Cuba korang tengok tudung kawan aku tu.Dah cam apa dah.....Memang best sambil makan sambil ditiup angin....


Nun di hujung sama adalah tempat kapal2 star cruise berlabuh.Sempat lagi snap gambar kapal star cruise.Tapi tak berapa clear.Kalu tak silap ari tu nampak cam ada dua buah kapal.Hisssss...bila la dapat berlayar ngan star cruise nih......
Pas habis picnic aku hantar Farah ker pusat servis kete Produa kat Pandamaran .Dia hantar servis sang kancil nyer...Katanya nak balik kampung Sabtu ni....Fara,selamat bercuti yer....

Tuesday, March 24, 2009

Update masakan la plak....

Dah lama rasanya tak cerita pasal apa yang aku masak.Yang ni gambar masakan yang dah lapok.Ekceli banyak yang aku masak cuma malas jerk nak snap gambar.

Kurma ayam
Acar
Ikan pekasam.Ijan kasi aku ikan tu...Tq yer ijan...
Ikan cencaru sumbat
Kuah lodeh



Sarapan di mana ?

Hari ni aku dan Ijan pakat bekfes kat Mc Donalds.Kebetulan selera makan kami sama.Jadi kami order 2 set "BIG........." apa yer...Ooo..."BIG BREAKFAST" berharga RM 9.80 per set.Tengah-tengah bulan ni blanja bagai tak ingat.Ala...sekali sekala ok la kan....hahahah...asyik ungkap ayat tu jerk bila makan makanan yang memahal.....tu la ungkapan yang sering bermain di mulut bagi kami yang berpendapatan yang tak seberapa nih....



Friday, March 20, 2009

Lunch Di OTWC

Lunch semalam aku ngan member gi makan kat OLDTOWN WHITE COFFEE.Kedai ni baru bukak kat area Port Klang nih.Tak jauh pon.2-3 minit dah leh sampai sana sebabnya berhadapan ngan opis aku jerk.Malas nak panjangkan cerita....moh layan.....


















Thursday, March 05, 2009

Rentetan dari sambutan bufday Ejan

Lambat celebrate sebab pulus elek.Jadi majlis berlangsung kat KFC Port Klang.Yang hadir hanya FIL & MIL & adik beradik hubby & anak-anak...












Blog Widget by LinkWithin