Thursday, April 02, 2009

Perginya tak kembali.....

Sound semacam jer kan....

Pada 31hb.March 2009 dalam kol 3 lebih petang aku terima panggilan dari ayah aku.Dia kabar yang moyang aku dah tak der lagi...huhuhu....tergamam jap aku masa tu....dah tak terkata pepe dah.Last sekali aku jumpa moyang aku masa raya haji bebaru ni.Pastu dah x der dah.sehingga lah dia dah pergi wat selama-lamnya....sedih siot.mana tak nyer aku ngan dia consider rapat la...dan aku salah satu cicit yang terpilih...hahahhaha....bangga jap....Moyang aku tak der mengidap sebarang penyakit.meninggal pon sebab sakit tua.Dahsyat yer orang tua-tua dulu.camner dia orang jaga pemakanan mereka.kalu skarang ni tok sah cakap la....Semalam aku EL sebab nak hadiri pengkebumian moyang aku.Moyang aku meninggal kat umah atok aku a.k.a tok uda aku a.k.a anak kepada moyang aku da.....dan kebumi pon kat sana gak .Kat Taman Ibu Kota,Gombak.Selesai semua dalam kol 11.30 gittew.Dapat lah jumpa sedara-mara yang tinggal dekat ngan yang jauh.Yang lama tak jumpa pon der sama...huhuhu...sedihnya aku....Apa yang aku harapkan moga roh moyang aku dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...AMIN......

Kena Tag Dari Diana

Tengah syok-syok selak blog kengkawan siber tetiba ternampak seseorang teman meng'tag' aku.Sapa lagi tak lain dan tak bukan dak Diana mama Adam yang bebijik raut wajah cam papa dia....saling x tumpah occay....Diana akak jawab yer soklan mu ittew.....


Soklan diana banyak berkisar tentang blog.

1)Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Coretan titian hidupku .....
Per sebab aku pilih ayat tu ??? Blog aku ni banyak berkisar tentang kehidupan aku....apa yang terjadi pada diriku dan family aku la ....


2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?http://ezaqistina.blogspot.com
Hasil gabungan nama aku dan anak sulung aku eza+qistina = ezaqistina.

3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Aku akan menulis apa yang aku suka.Apa yang terjadi pada diriku...family ku....kawan-kawan ku dan sebagainya.Tapi takkan menyentuh hal-hal yang boleh memalukan,menjatuhkan maruah,kutuk mengutuk yang melampau yang mana boleh membuatkan orang lain terasa hati bila mambaca blog aku ni.Blog aku ni boleh dilayari oleh semua peringkat umur.Tak der yang censored-censored occay....

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda?
Hissss...tak pernah plak rasa nak tutup blog ni.....nilah salah satu diari yang aku ada....banyak kenangan yang telah aku coretkan kat sini tau.Tak sampai hati lagi ler nak hapuskan...Yang nyata ada kalinya aku cukup malas nak update blog nih.....


5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
DIANA ni budaknya peramah.Padai memasak.....pandai berdandan...pandai menguruskan rumahtangga .Lagi satu aku cukup-cukup salute kat dia....dia ni pandai sangat berniaga.Macam-macam dia berniaga.kain la.... tudung la....Harapan ku bizz dia berjaya la...

Monday, March 30, 2009

Tu dia....tunjuk skill memasak lagi....

Sabtu - 28/09/2009
Yang ni aku masak untuk dinner.Huhhh!!!! malas sungguh hari tu.Lagi ponhati ni berkobar-kobar nak sambut "EARTH HOURS 2009" ngan nak nonton Konset AF minggu ke-3.Jadi aku masak makanan yang ringkas tapi mengenyangkan.Tak sangka laks anak-anak aku suka walaupon aku masak simple-simple gittew....


Ijan...Steven....meh tengok. Aku beli bebola ketam.Salah satu product customer kita....Sedap...korang kena cuba tau......
Ni la hasilnya bila bebola ketam tu dah berenang dalam minyak selama beberapa minit.
Nasi goreng berencah lebihan ikan goreng

Ahad - 29/03/2009
Hari ahad plak aku rajin sikit.Pepagi bangun gi pasar bersama hubby & anak-anak.Memula tu malas nak bawa anak-anak ku ittew.Korang tau la kan keadaan pasar camner.Kang sibuk aku dok memilih ikan,dia orang pon sibuk sama nak pilih.Pastu kaki dok hentak-hentak kat air.Tak ker geram tengoknya.Dah merengek-rengek nak ikut.aku pon bawak la bersama.Hari ni aku cadang nk masak nasi minyak bersama lauk-lauk yang senagkatan dengannya......hasilnya....

Jelatah
Kari daging
Ayam masak merah
Nasi minyak

Dan hari ni.Ada balance lagi kari daging tu aku continue untuk brekfast plak.Cicah ngan roti.Bawak gi ofis plak tu.Habis licin di makan oleh Ijan ngan Farah.....Alhamdulillah tak membazir......

Friday, March 27, 2009

Aku beli t-shirt....yeah...yeah....

Lunch ari ni aku,Ijan dan Farah meredah ker Pasaraya "B"....hahahaha...Pasaraya Billion.Kat Port Klang ni hanya Pasaraya "B" lah yang terdekat.Jalan kaki pon leh....Seminggu kalu tak jejak kaki kat sana tak sah.Kekadang tu tak membeli pon.Gatal nak gi cuci mata.Bila ada duit baru lah membeli.Apa orang kata survey dulu ek.....Tapi tadi aku sempat membeli 3 helai t-shirt untuk buat basahan kat rumah.Dah lama rasanya tak shopping pakaian untuk diri sendiri.Aku tak pentingkan brand.Yang penting kualiti setanding ngan harga ,berbaloi dan berpatutan....


Setiap sehelai berharga RM 6.90.Tak percaya...??
Meh tengok tag nih.....Aku tak tipu ok....Kualiti kain pon baik punya.....


Ke sana lagi....

Semalam kami ke Tanjung harapan lagi.Lunch kat sana.Seperti biasa kami tapau makanan sambil menghirup udara yang tak berapa segar tapi angin bertiup ngan kencangnya.Cuba korang tengok tudung kawan aku tu.Dah cam apa dah.....Memang best sambil makan sambil ditiup angin....


Nun di hujung sama adalah tempat kapal2 star cruise berlabuh.Sempat lagi snap gambar kapal star cruise.Tapi tak berapa clear.Kalu tak silap ari tu nampak cam ada dua buah kapal.Hisssss...bila la dapat berlayar ngan star cruise nih......
Pas habis picnic aku hantar Farah ker pusat servis kete Produa kat Pandamaran .Dia hantar servis sang kancil nyer...Katanya nak balik kampung Sabtu ni....Fara,selamat bercuti yer....

Tuesday, March 24, 2009

Update masakan la plak....

Dah lama rasanya tak cerita pasal apa yang aku masak.Yang ni gambar masakan yang dah lapok.Ekceli banyak yang aku masak cuma malas jerk nak snap gambar.

Kurma ayam
Acar
Ikan pekasam.Ijan kasi aku ikan tu...Tq yer ijan...
Ikan cencaru sumbat
Kuah lodeh



Sarapan di mana ?

Hari ni aku dan Ijan pakat bekfes kat Mc Donalds.Kebetulan selera makan kami sama.Jadi kami order 2 set "BIG........." apa yer...Ooo..."BIG BREAKFAST" berharga RM 9.80 per set.Tengah-tengah bulan ni blanja bagai tak ingat.Ala...sekali sekala ok la kan....hahahah...asyik ungkap ayat tu jerk bila makan makanan yang memahal.....tu la ungkapan yang sering bermain di mulut bagi kami yang berpendapatan yang tak seberapa nih....



Blog Widget by LinkWithin