Monday, April 25, 2011

Mekar kembali

Assalamualaikum semua.....




Lama bebenar tak update blog.Yang ada cuma aku jengah jerk.Update idak.Macam-macam berlaku sepanjang aku tak mengupdate blog aku ni.Antaranya aku cuba membesarkan keluarga ku.Alhamdulillah rezeki aku suami isteri.....




Kalu dulu aku memiliki sepasang cahaya mata,kini tambah lagi seorang gegurl.Pregnency kali ni berlainan ngan dua yang lalu.Kalu check up asyik kurang darah jerk.Dah tu dua kali kena minum air gula,yearrrkkkkhhh!!!! manis sangat tak suka.Plus ngan bb songsang.Jawapnya c-sect lor...First time c-sect amat-amat cuak.Takder pengalaman.So banyak tanya member-member yg dah ada pengalaman.Tq ek pada yang memberi nasihat dan kata-kata semangat.




Di pendekkan cerita aku bersalin pada 8/1/2011.Due date patutnya 19/1/2011.Atas sebab-sebab tak boleh tunggu lagi aku terpaksa bersalin awal dari tarikh yang ditetepkan.Awal-awal dulu aku cukup-cukup gembira sebab due date lewat sehari ngan tarikh bufday aku.Harap-harap kengkonon kalu lewat sehari dari tarikh due date tu lagi canteeekkkk.....Tak dapat occay...




Ok...nak tunjuk gambar baby gurl aku.Gambar masa baru keluar dari perut tak simpan kat computer kat opis ni.Yang ada gambar baby berusia 3 bulan.





Nama : Rania Melissa Binti Yusmadi


Tarikh lahir : 8hb Januari 2011


Tempat Lahir : Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.


Berat : 3.54


Kelahiran : C-sect


Kini Baby Nea dah tiga bulan.Baby Nea dah pandai senyum-senyum.Bila Baby Nea senyum rasa sejuk hati,perut dan segala organ-organ yang ada dalam badan aku.Dan pencapaian terkini Baby Nea , dia dah pandai meniarap. Agak bahaya lagi sebab bila meniarap Baby Nea masih lagi belum pandai nak angkat kepala.So,kena pantau pergerakan Baby Nea.Baby Nea tak banyak karenah berbanding ngan abangnya yang kuat nanges masa baby.Cukup senang nak jaga.Nanges bila lapar.Pastu tido.Tak pon layan diri sendiri bila aku buzy.Aura bila kelahiran anak ke-3 ni lain macam sikit.Aku sanggup wat apa saja...Rasa semangat kental yang berkobar-kobar.Maksudnya aku leh buat apa saja kerja tanpa bantuan En Yeop di sisi.That's why la kalu En Yeop tak ada aku tak gabra.Dan En Yeop yakin aku leh buat semuanya...bukan nak riak diri sendiri tapi memang kenyataan.


Ok la....stop sampai sini cerita pasal Baby Nea.Cerita pasal dua lagi anak.Nurin kini darjah 3 dan Irfan darjah 1.Amat-amat kecewa ngan prestasi akedemik sekolah mereka.Harus diberi tuisyen.Agak tension aku dan agak payah bila nak soh ulangkaji pelajaran.....Mau time tu aku tukar jadi singa betina.Satu taman dengar kot...hahahahh....


Keadaan aku? Next entry aku cerita ek....Stop sini dulu la yer.....

5 comments:

AdanyaKauUntukku said...

RINDU POSTING masakan cik puan Eza

IDA said...

lama betul tunggu kak eza update :-)

eza said...

ila,masak tetap masak tapi malas nk snap gambar jerk...

eza said...

kemalasan melanda ida...

hailey said...

Hi, Great information! Would you please consider sharing my link to your readers? Please email me back at haileyxhailey gmail.com.

Thanks!
Hailey

Blog Widget by LinkWithin