Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat kawa-kawan aku kat opis ni.Aku harap perayaan tahun ini akan memberi makna yang istimewa buat korang dan family korang.Buat tokey dan tokey soh aku....tak der angpow ker....???Tq yer boss bagi kita orang sume buah limau 1 kotak...Ah Loon laks....kalu ada masa aku gi rumah ko yer....
Oppsss...!!! lupa laks ...buat sume customer aku...."HAPPY CHINESE NEW YEAR..."
Saturday, January 24, 2009
CHINESE NEW YEAR TAK LAMA LAGI....
Posted by eza at 12:58 PM 0 comments
Braincsan kat JJ Bukit Tinggi.....
Ahmad Idham
Cast:
Nik Adruce, Erin Malek, Eric Fuzi, Faten, Sharifah Shahirah
Genre:
Comedy,Science Fiction
Run Time:
100mins
Synopsis:
Dr. Suzana (Sharifah Shahira) has successfully invented a machine called BS21, which is capable of reading people's mind and to be used for military purposes. What most people do not know is that BS21 can also grant the wishes of its' beholder. Cat and his sidekick Kupan stole BS21 from Dr. Suzana's lab but threw it out of the car window in a state of panic when pursued by the police. The next day, young lad Ijat (Nik Adruce) found the machine by the side of the road and BS21 changes his life.
(hehehe....sinopsis ni aku copy dari TGV.....)
Untuk mengubat rasa kesedihan ayng teramat sangat atas keguguran aku ni,sabtu 10/01/2009 aku bawa anak-anak gi menonton wayang cerita ni...
Posted by eza at 12:43 PM 0 comments
Friday, January 23, 2009
Pergi tak kembali......
Kisah sedih kali ni yang aku nak cerita berkisar tentang Opah dan diriku.
Memula kalu nak cerita tentang Opah.
Tanggal 09/01/2009 - Jumaat perginya Opah buat selama-lamanya meninggalkan kami semua.Penderitaan Opah sebelum ajal tiba tak lama.Dan aku dapat agak bahawa usia opah tak kan lama berikutan faktor fizikal yang berubah secara mendadak sejak 2-3 minggu sebelum waktunya dia pergi.Pagi 09/01/2009 kira-kira jam 1-2 pagi aku terima panggilan dari SIL Lina yang berkata "kalu leh korang balik ler awal sikit sebab Opah dah nazak...." aku dalam mamai-mamai pon kata " okey la....nanti aku bagi tau Yeop...(yakni suamiku....) ".aku tak call cuma SMS jerk pada suami (dia shift malam)dan SIL-SIL yang lain.Memang niat kami akan balik ke kampung sabtu nanti.Tp bila dah Lina call dan cakap keadaan Opah dah nazak ....tukar plan kot....balik awal sikit.Pastu aku terima lagi panggilan dalam kol 4.00 pagi dari suami.Dia cakap Opah dah tak der....Ya Allah!!!! Innalillah....terkejut aku...dan aku SMS lagi SIL-SIL yang lain.Maaf sebab aku tak dapat balik kampung ziarah Opah atas sebab yang memang tak dapat dielakkan.... Nanti aku cerita sebab per aku tak balik kampung.Aku bukan sengaja tapi terpaksa....Suami balik kampung konvoi bersama sedara mara yang tinggal kat sini.Dalam keadaan yang letih dan mengantuk sebab shift malam suami gagahkan juga balik ke kampung.bergilir-gilir drive ngan SIL.Aku aku ada sure aku yg drive sampai ke kampung.mereka bertolak dari rumah jam 5.30 pagi.Alhamdulillah...sempat sampai sebelum jenazah dikebumikan.Aku doakan semoga roh Opah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yg beriman...AMIN.....
Gambar Opah yg terkini diambil 2 minggu sebelum meninggal.SIL kata perut Opah buncit cam orang ngandong 4 bulan.Ada salah seorang supupu suami gi try tengok kat bomoh dan bomoh tu kata Opah pada azalinya dah x der.Yang ada pada badannya adalah benda yang menumpang....hiiiissss....pe benda tu ek???? ada yg kata saka.....50-50 aku nak percaya.... Yang kedua plaks kisah tentang diri ku....
Yang ni malas nak ulas pepanjang.Yang nyata ianya dah tak der....Aku miscarriage....lebih kurang usia kandungan 6-7 weeks.Sedih woo....teringin sangat nak ada bb kecil.Al maklum ler anak yang kecil pon dah berusia 5 tahun.jadi sedang elok ler kluar lagi satu product kan....Tapi bukan rezeki aku...nak wat cam ner...aku redha...disebabkan perkara ni la aku x dapat balik ker kampung.Ianya berlaku pada hari yang sama Opah meninggal.Aku tak nak kalu terjadi pepe kat aku nanti,lagi akan menyusahkan suami.dah ler suami kat kampung cukup-cukup sibuk sebab jenazah berada di rumah FIL aku.Pastu ngan peel sedara mara suami yang cukup-cukup membuatkan suami sekeluarga tertekan.cam balik raya jerk diaorg gamaknya.Aku seorang gagahkan diri gi ker klinik untuk wat check up....Ekceli hari yang sama aku perlu cuci.Disebabkan tak der orang yang dapat handle kerja aku pas aku cuci nanti,maka aku lewatkan tarikh untuk wat cuci tu.Next week aku nyer appointment.Sampai masanya aku dah bersedia ke klinik untuk cuci...Pas check up,Alhamdulilah....dia kluar ngan sendirinya.tak perlu cuci lagi dah..kalu x,orang kata sakit ....Untuk pengetahuan korang ni kali kedua aku miscarriage.tu yang aku ralat sangat.Tak per ada masa lagi untuk aku mencuba.Harap rezeki aku untuk menimang cahaya mata lagi termakbul.....AMIN....
Kejap ada....

Posted by eza at 12:39 PM 0 comments
Thursday, January 22, 2009
Mari ke sekolah ( Part II )
Kalu sebelum ni entry " Mari ke sekolah ( Part I ) cerita pasal kakak , yang entry ni plaks cerita pasal adik pulak MUHAMMAD IRFAN AFZAN....
Kisah berlaku di sekitar Tadika Pixieland kat area Kampung Raja Uda,Port Klang....
Al-kisah.....budak sorang ni cukup-cukup menduga iman aku.Setiap pagi nak hantar ke tadika sure nyer nangis.Nangis bukan sikit-sikit.Melalak boleh dengar sampai ker traffic light dekat ngan tadika tu. Sampai ler skarang.Tp semalam suami hantar dan dia kata Irfan dak ok sikit cuma nampak ler air mata tu bergenang kat kelopak mata.Tp bila aku hantar hari ni...nangis gak...apa da Irfan....bila la mau berhenti nangis ni.Tp cikgu cakap kejap jerk dia nangis pas tu dah ok balik....ok la tu...aku cuma takut dia nangis sepanjang sessi persekolahan jerk....
Eh korang nak tau tak satu cerita tentang Irfan kat sekolah.Cikgu cerita, satu hari tu dia gi toilet.tetiba cikgu tengok kenapa dia tak masuk-masuk class lagi dancikgu pon gi ler tengok....rupa-rupanya dia dok kat tepi toilet tak nak masuk class.cikgu pujuk-pujuk dia kata tan nak.Cikgu pon marah Irfan.Apa lagi bila suami dapat tahu...balik rumah trus dia pukul Irfan ngan hanger.Sian aku tengok Irfan.Pernah gak aku tanya kat Irfan kenapa Irfan tak nak gi sekolah???kengkawan buli Irfan ker?? Cikgu marah ker??
dan dia kata x.Irfan kata dia nak sekolah sama ngan Nurin.HIsssss...Irfan mana leh.....dah explain banyak kali Irfan still tak faham....
Okey la meh korang tengok gambar-gambar yang sempat aku snap ni.Ada gak gambar Irfan tengah mengamuk kat class.....
Posted by eza at 5:25 PM 2 comments
Wednesday, January 21, 2009
Mari ke sekolah ( Part I )
Nurin tahun ni start darjah satu.Hati aku gambira bercampur risau.Gambira sebab tak sangka anak aku semakin besar.Dan yg merisaukan aku plaks....camner la bila berada di alam baru nanti.Pagi petang penuh ngan waktu persekolahan jerk.Dapatkah dia menerima sesi pembelajaran yg baru.Jadual harian dah tentu berubah.Takkan sama dengan yg dulu....Dulu di zaman tadika bleh ar nak main-main.But now...no more ok....maksud aku tak boleh main tu bukan lah terus tak der waktu untuk rehat.Ada....cuma ada batasan ler.....
Nurin pagi aku hantarkan dia ke sekolah agama kat area pandamaran.Dekat ngan rumah bb sitter.Senang sikit untuk dia transit ke sekolah kebangsaan pada sebelah petang.bb sitter akan siapkan Nurin...bagi makan sesiap sebelum gi sekolah.so aku x perlu la risau sangat.Skarang tugas aku cuma hantar ke sekolah agama dan ambil Nurin balik dari sekolah kebangsaan.Balik dari sekolah agama aku naikkan dia van.Van yang sama yang mana anak sedara aku pon naik sama sebab satu sekolah.Pegi sekolah belah petang aku "hire-kan"bas sekolah.senang sikit .kalu x sure tergopoh gapah nyer sebab si adik pon dah mula bersekolah dan waktu persekolahan bercanggah.satu part dah selesai berkenaan ngan transport.kalu tak sebelum ni risau gak.camner nak settlekan masalah ni.....
Aku nampak Nurin amatlah keletihan bila seharian belajar.Apa leh buat.Kalu nak pandai dan berjaya memang ler kena hadapi sume ni.Tu yang sering aku katakan pada Nurin.Everyday aku akan tanya Nurin..."Sekolah cam ner....suka tak gi sekolah....hari ni ada homework tak....bla....bla...bla...."so far aku tengok dia ok....aku pon happy....
Bermula 6.50am aku dah kena gerak dari umah.kalu lambat alamatnya lewat la Nurin sampai ke sekolah.si adik yg masuk lambat pon aku terpaksa angkut sama.kalu x sapa lagi yg nak hantar.kalu suami ada kat umah leh ar dia tolong hantar.tak perlu la si adik keluar awal sangat.....
Jadual aku lak dah tentu-tentu berubah.kalu dulu sharp-sharp kol 5 @ 5.30 pm aku dah leh balik.Tapi kali ni kena ler tunggu lambat sikit sebab nak kena ambil Nurin balik dari sekolah jam 6.30pm.Pasal baju laks...kali ni kena gosok banyak .maklum ler Nurin jerk dah lima sapang & adik plaks 2 pasang.kira-kiranya banyak lagi la jadual aku yg dah dirombak.tak kose nak cite pepanjang.Bagi parents yg anaknyer dah bersekolah pastinya tahu masalah yang aku hadapi.
Ni gamabr Nurin kat SK ST Anne's Convent Pelabuhan Klang kat Pelabuhan Klang.....

Posted by eza at 11:43 AM 0 comments
Lembaran baru 2009
Apa da aku ni....dah nak habis bulan 1 baru nak update blog ni.Yer ar....ramai dah bertanya bila nak update blog...bila nk update blog....ekceli macam-macam dah berlaku pada awal tahun ni.....cuma aku ni di landa penyakit "M" dan bz sikit pada permulaan tahun nih....ok la ...hari ni aku pelan-pelan update k.....nantikan.....
Posted by eza at 11:31 AM 2 comments
Tuesday, December 30, 2008
Terajin ler plaks.....
Ntah apa terajin sangat ler aku semalam,macam-macam masakan aku buat.Al-maklum ler cuti kan semalam.Tak der menda nak buat.Nak kluar malas.So,apa lagi xtvt memasak bermula.Start dari ahad malam senin lagi aku dah buat puding.Pagi bekfes hubby kata tak yah masak.Dia balik keje nanti dia pi bli sarapan.OK gak tu...hehehhe....Tengahari masak nasi ngan ikan goreng,ikan masin and masak lemak pucuk paku.Lauk pauk ni request dari hubby.Pas masak tengahari aku try plak wat choc chips cookies.First time buat menjadi.Mana tak nyer guna yang segera punya.sure menjadi lah.Hahahaha...tengah separah proses buat cookies,aku bancuh plaks adunan nak buat kuih cara berlauk.Resepi awal-awal aku dah print kat opis.Aku copy paste dari resepi mamafahmi.Yang ni pon first time buat.alhamdulillah jadi.....sukanyer aku sebab hari tu apa yang aku masak merbellessss.....jadi beb....hubby ngan anak-anak puji sedap.....Ok la ni ada sedikit gambar hasil air tangan aku semalam.Moh layan.....
Posted by eza at 11:34 AM 6 comments