Friday, January 23, 2009

Pergi tak kembali......

Kisah sedih kali ni yang aku nak cerita berkisar tentang Opah dan diriku.

Memula kalu nak cerita tentang Opah.

Tanggal 09/01/2009 - Jumaat perginya Opah buat selama-lamanya meninggalkan kami semua.Penderitaan Opah sebelum ajal tiba tak lama.Dan aku dapat agak bahawa usia opah tak kan lama berikutan faktor fizikal yang berubah secara mendadak sejak 2-3 minggu sebelum waktunya dia pergi.Pagi 09/01/2009 kira-kira jam 1-2 pagi aku terima panggilan dari SIL Lina yang berkata "kalu leh korang balik ler awal sikit sebab Opah dah nazak...." aku dalam mamai-mamai pon kata " okey la....nanti aku bagi tau Yeop...(yakni suamiku....) ".aku tak call cuma SMS jerk pada suami (dia shift malam)dan SIL-SIL yang lain.Memang niat kami akan balik ke kampung sabtu nanti.Tp bila dah Lina call dan cakap keadaan Opah dah nazak ....tukar plan kot....balik awal sikit.Pastu aku terima lagi panggilan dalam kol 4.00 pagi dari suami.Dia cakap Opah dah tak der....Ya Allah!!!! Innalillah....terkejut aku...dan aku SMS lagi SIL-SIL yang lain.Maaf sebab aku tak dapat balik kampung ziarah Opah atas sebab yang memang tak dapat dielakkan.... Nanti aku cerita sebab per aku tak balik kampung.Aku bukan sengaja tapi terpaksa....Suami balik kampung konvoi bersama sedara mara yang tinggal kat sini.Dalam keadaan yang letih dan mengantuk sebab shift malam suami gagahkan juga balik ke kampung.bergilir-gilir drive ngan SIL.Aku aku ada sure aku yg drive sampai ke kampung.mereka bertolak dari rumah jam 5.30 pagi.Alhamdulillah...sempat sampai sebelum jenazah dikebumikan.Aku doakan semoga roh Opah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yg beriman...AMIN.....

Gambar Opah yg terkini diambil 2 minggu sebelum meninggal.SIL kata perut Opah buncit cam orang ngandong 4 bulan.Ada salah seorang supupu suami gi try tengok kat bomoh dan bomoh tu kata Opah pada azalinya dah x der.Yang ada pada badannya adalah benda yang menumpang....hiiiissss....pe benda tu ek???? ada yg kata saka.....50-50 aku nak percaya....

Yang kedua plaks kisah tentang diri ku....

Yang ni malas nak ulas pepanjang.Yang nyata ianya dah tak der....Aku miscarriage....lebih kurang usia kandungan 6-7 weeks.Sedih woo....teringin sangat nak ada bb kecil.Al maklum ler anak yang kecil pon dah berusia 5 tahun.jadi sedang elok ler kluar lagi satu product kan....Tapi bukan rezeki aku...nak wat cam ner...aku redha...disebabkan perkara ni la aku x dapat balik ker kampung.Ianya berlaku pada hari yang sama Opah meninggal.Aku tak nak kalu terjadi pepe kat aku nanti,lagi akan menyusahkan suami.dah ler suami kat kampung cukup-cukup sibuk sebab jenazah berada di rumah FIL aku.Pastu ngan peel sedara mara suami yang cukup-cukup membuatkan suami sekeluarga tertekan.cam balik raya jerk diaorg gamaknya.Aku seorang gagahkan diri gi ker klinik untuk wat check up....Ekceli hari yang sama aku perlu cuci.Disebabkan tak der orang yang dapat handle kerja aku pas aku cuci nanti,maka aku lewatkan tarikh untuk wat cuci tu.Next week aku nyer appointment.Sampai masanya aku dah bersedia ke klinik untuk cuci...Pas check up,Alhamdulilah....dia kluar ngan sendirinya.tak perlu cuci lagi dah..kalu x,orang kata sakit ....Untuk pengetahuan korang ni kali kedua aku miscarriage.tu yang aku ralat sangat.Tak per ada masa lagi untuk aku mencuba.Harap rezeki aku untuk menimang cahaya mata lagi termakbul.....AMIN....


Kejap ada....


Kejap tak der.....

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin