Saturday, November 07, 2009

Terasa nak gi shopping la....

Tangan dah cukup-cukup gatal dah ni....Rasa cam nak gi shopping jerk hari ni.Tapi nak shopping kat ner ek??Aku memang perlukan kasut,handbag dan tudung baru...Tapikan bila dah sampai dan nak beli semedang jerk tak berkenan.Korang mesti pernah rasa perasaan cam aku ni kan....Bila takder duit asyik jumpa jerk barang yang cecantik.kalu dah time gaji nak gi beli dah tak cantik pulak....herrrmmmm....heran aku.tu la nafsu.....Nasib baik aku ni bukan kaki shopping.Kalu tak mau rabak poket....hehhehe....

Friday, November 06, 2009

Sarapan pagi ini....

Semalam Abang Nuar kasi aku ubi kayu.So,pagi ni aku & d'geng pakat nak bekfes ubi rebus ngan ubi goreng.So ini la hasilnya....

  • Aku wat sambal tumis ikan bilis ngan beli sebuku roti
  • Ijan bawa ikan pekasam
  • Farah rebus dan goreng ubi kayu
  • Mala bawa kelapa

Ramai puji sambal aku sedap.Yessss!!! lulus !!!!! orang tua-tua kata kalu dah pandai masak dah leh kawen ler cam ni....hahahaha....tiga umat manusia yang kat rumah tu nak taruk mana????

Kesimpulannya makan sampai menjilat jari ngan pinggan....Sedapnya.....








Entry dah basi gara-gara kemalasan....

Situasa ini berlaku time lunch hari Rabu lepas.Aku bersama-sama ngan member opis gi makan kat Casa Bayu.Pakat gak ngan Fiza dan colleague dia untuk makan sesama.Masa tu Fiza tak tau yang aku & d'geng datang ngan satu MPV.Makanya ada gak member lain yg turut serta selain dari kami bertiga.Terkejut berok gak ler Fiza masa tu....







Yang ni Fish & chip...
Bleh plak hari tu kami berenam order makanan yang sama...


Asal dalam gambar ni aku nampak mee yang Ivy order ni cam sisa makanan jerk...hehehehe....



Khamis semalam aku dan one of my colleague Richard gi attend "PRODUCT UPGRADE BRIEFING CARGO*DECLARE SUITE V7" kat SFFLA.Ala tak jauh mana pon.Still kat area Port Klang ni jerk.Briefing pasal bidang kerja aku ni gak.Harap bos nak tukar ler system baru.Bagus beb....banyak kelebihan dan pembaharuan dengan adanya system baru ni.....
Hehehehe...aku snap gambar ni curi-curi.Malu la nak ambil gambar beriya-iya.....


Tuesday, November 03, 2009

Apa nak masak hari ni ek???


Aku kebingungan nak masak apa untuk hari ini.Ada sesiapa yang leh kasi idea?
Antara kriteria-kriteria yang perlu di ambil kira cam :
  • Mudah di masak
  • Cepat
  • Bahan-bahan masakan senang untuk di cari
  • Makanan yang boleh dimakan tanpa mengikut usia...
  • Dah tentu la sedapkan.....

Sila-sila lah curahkan idea anda di sini occay.....

Monday, November 02, 2009

Sambungan dari entry kat bawah ni....

Permulaan cerita,apa yang aku boleh katakan di sini KANTOI...KANTOI...Suprise tak menjadi beb...


Bufday gurl & gurl
Tadi Azizan belanja makan nasi bungkus.Terima kasih beb sebab belanja kami tadi...
Yang ni bungkusan aku nye.....

Pastu kami hadiahkan Azizan dan Chong sebiji kek chocolate "RONALDO..." ngan hadiah yang tak seberapa...Harap korang suka la ek...








Ijan dapat frame gambar

Dan Chong kami hadiahkan jam ....
Insyaallah lagi 2 minggu turn Chong plaks akan belanja kami sume makan.Pastu tutup dah lembaran celebrate bufday party 2009 kami.Maka awal tahun depan bersedialah wahai CEO...CEO...sekalian....Sapekah CEO...CEO ittew....????Nantikan kemunculannya....ahakkkk....

Happy bufday to Ijan dan Chong.....




Ucapan ini aku nak tujukan kepada dua orang colleague aku.Walaupun hari tak sama tapi jatuh pada bulan yang sama.Untuk Ijan (1/11/09) dan Chong (tak silap aku 16/11/2009 kot),aku ucapkan semoga panjang umur,murah rezeki,merendah diri,tinggi budi pekerti...Gembiralah bersama-sama keluarga tercinta.

Oh ya...seperti biasa akan ada small birthday party celebration kat opis ni.After lunch nanti kalu berkesempatan akan ku update saat-saat yang manis tu untuk dikongsikan bersama ngan korang yer....Tunggu.....

Yang ni sambutan pada tahun lepas....mengimbau kembali saat mereka berdua tengah potong kek....


Blog Widget by LinkWithin